clix this!

waktu Malaysia

April 27, 2017

OKU boleh

Tahniah diucapkan kepada atlet Paralimpik, Abdul Latif Romly atas kejayaan meraih gelaran Olahragawan Negara 2016. Ini merupakan sejarah baru sukan Malaysia apabila kemenangan Latif itu yang pertama buat atlet paralimpik negara sejak anugerah berkenaan mula diperkenalkan pada 1966.

Rekod cemerlang Latif pada tahun lalu membolehkan beliau menewaskan nama-nama besar seperti Datuk Lee Chong Wei, Azizul Hasni Awang dan Olahragawan Negara 2016, Mohd Al Jufferi Jamari.Pencapaian terbesar Latif adalah meraih emas dalam acara lompat jauh T20 Sukan Paralimpik Rio tahun lalu. Ini membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya sekiranya diberikan peluang dan kepercayaan.

OKU boleh, Malaysia boleh

No comments: