January 1, 2015

Perutusan Tahun Baru 2015

Alhamdulillah, kita diberi peluang menyambut kehadiran 2015.
Tahun 2014 telah meninggalkan kenangan pahit, manis, kelat, masam, masin, tawar dan banyak lagi rasa.
Sekurang-kurangnya empat peristiwa 2014 telah meninggalkan kesan yang menusuk kalbu kita. Bermula dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum terjawab, dunia dikejutkan pula dengan insiden MH17 ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia.
Paling meninggalkan kesan kepada kita semua adalah fenomena banjir yang melibatkan lebih 200 ribu orang mangsa dan meragut lebih 20 nyawa. Biarpun apa kepercayaan agama dan fahaman politik kita, isu kemanusiaam seharusnya diutamakan. Sumbangan serta bantuan kita semua sangat diperlukan. Bantulah mereka setakat mana yang termampu.
Tabir 2014 dilabuh dengan insiden pesawat AirAisa QZ8501 terhempas di perairan Kalimantan, Indonesia. Pesawat itu dikatakan hilang kawalan selepas cuba mengelak awan dan cuaca buruk.
Semoga 2015 memberikan kita kehidupan yang lebih baik. Jadikan 2014 sebagai pengalaman yang akan terus melekat dalam sanuvari kita.
Sekian, salam 1Januari
Zam Izham Hamzah
11.50 pagi (waktu Malaysia)
Kedai mamak belakang opis

No comments: