clix this!

waktu Malaysia

May 6, 2013

tamat

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Semalam telah berlangsung Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13). Secara keseluruhan proses pengundian berjalan lancar. Meskipun ada beberapa insiden penahanan warga Bangla yang disyaki memiliki kad pengenalan & dibenarkan untuk mengundi.
Proses pengiraan seluruh negara turut lancar. Namun terdapat kontroversi yang mengatakan terdapat unsur sabotaj. Kotak-kotak undi hantu dibawa masuk, kotak undi hilang & blackout. Itu antara kejadian yang berlaku di sesetengah pusat penjumlahan undi.

Kesimpulannya, Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan kuasa di kerajaan pusat. Namun jumlah kerusi Parlimen milik BN berkurangan dari 140 kepada 133 kerusi. BN berjaya menawan kembali Kedah dari Pakatan Rakyat (PR). PR berjaya mengekalkan Selangor, Kelantan & Pulau Pinang dengan 2/3 majoriti. Sementara Terengganu & Perak hampir ditawan PR kerana perbezaan kerusi yang sangat sedikit.

Diharapkan semua pihak dapat menerima dengan hati terbuka walaupun ada yang mengatakan terdapat penipuaan dalam proses PRU13. Hanya Allah swt & mereka yang terlibat saja yang tahu.
Sekian.

No comments: