oSom!

Mesti ramai dah baca pasal Konsert Opera Hidup Wings & OSK di Istana Budaya. Rata-rata komen yang diberikan positif.
Ahad malam (1 Mei) wa dengan 10 lagi pegi tengok. Tiket RM90. Antara seat yang murah la. Nasib baik agak cepat beli. Kalau lambat sikit je, habis!

Malam tu, konsert mula dengan lagu Opera Hidup. Dengan arrangement musit Wings & OSK, Opera Hidup memang hidup! Semua orang tau Wings terdiri dari Awie, Joe, Eddie & Black. Tapi untuk konsert tu, Wings panggil balik semua yang pernah sama dengan depa macam Mus May, Jojet & Mel.

Memang nampak Awie dah tak boleh tarik sangat lelagu hantu Wings. Tapi overall konsert Opera Hidup Wings & OSK memang oSom! Dengan status depa antara kumpulan rock yang lama & bertahan, Wings memang patut perform di IB. Kombinasi hebat kumpulan rock & orkestra. Kalau tak silap dalam Malaysia ni, tu la konsert pertama rock + orkestra.

Tahniah Wings, OSK & Istana Budaya. Serta semua sponsor konsert.

Comments