"kalau dia masih hidup..."

biasanya ahad malam dalam pukul 9, pasti gua layan CSI sampai tgh malam. tapi malam tadi gua layan History Channel. Biografi P.Ramlee.
P.Ramlee, satu nama sgt besar dlm industri seni Malaysia & Asia.
Memang banyak dengar kehebatan lakonan, nyanyian, arahan & macam-macam lagi tentangnya.
Diterbitkan oleh penerbit filem Shuhaimi Baba, dokumentari selama 2 jam tu menceritakan tentang dari awal kelahirannya hinggalah P.Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973.
Lebih menarik, kebanyakan yg ditemuramah tu pun dah meninggal.
Antara yg ditemuramah adalah Allahyarhamah Saloma, Datuk Aziz Satar, Datuk Ahmad Nawab, Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Kuswadinata.
Anak-anaknya seperti Sabaruddin dan Allahyarham Nasir P.Ramlee pun ada.
P.Ramlee yg sangat dikenali semasa zaman Jalan Ampas menderita di penghujung usianya. Lepas pemergiannya baru ramai buka mata. Macam-macam anugerah & gelaran diberi padanya.
Bak kata seniwati Mariani, "kalau dia masih hidup dapat gelaran Tan Sri, saya bangga.."


Comments

iXa said…
gua niah.