June 11, 2010

Lagenda 'rock' Budak Setan!



Lepas 25 tahun, novel terlaris sepanjang zaman di Malaysia, Lagenda Budak Setan telah diadaptasi ke layar perak. Sehebat novelnya, karya Ahadiat Akasyah itu hingga kini berjaya mengutip RM 2juta dalam masa 1 minggu! Pada hari pertama tayangan saja dah dapat RM 350 ribu. Bagi yang baca novel tu, memang ada sikit perbezaan dgn filem. Tapi tu bukan masalah. Dibarisi pelakon² seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar & ramai lagi, filem arahan Sharad Sharan itu diakui berjaya membuat penonton turut merasai jiwa filem itu.

Ahadiat sendiri mengakui tersentuh dgn Sharad yg berjaya mengadaptasi karya hebatnya dgn baik. Walaupun ada sikit kelemahan di sana sini, secara keseluruhan, setakat ini, Lagenda Budak Setan boleh dikatakan filem Malaysia terbaik 2010.
Malah, ada yg mengandaikan trend adaptasi novel ke filem akan bermula semula. Selepas apa yg berlaku sekitar 80-90an. Novel² seperti Mira Edora, Ranjau Sepanjang Jalan dan Jogho telah diadaptasi ke filem dan mendapat sambutan yg baik. Malah, ada yg mendapat anugerah dlm festival filem.

Akhir sekali, tahniah kpd semua yg terlibat menjayakan Lagenda Budak Setan! Sasaran kutipan RM 4juta mungkin akan dpt dicapai tidak lama lagi. Satu lagi filem pecah panggung!

No comments: