clix this!

waktu Malaysia

March 16, 2010

Setahun Sudah Berlalu..... part 2

Lokasi: ICU HKL
Tarikh:
16 Mac 2009
2am
aku dikejutkan oleh guard. Katanya, doktor panggil aku masuk. Waktu tu dah la sejuk, lagi sejuk la aku bila doktor panggil masuk dalam ICU. Doktor cakap lepas buat dialisis malam tadi, blood pressure ayah turun mendadak. Jadi diorang terpaksa hentikan dialisis. Maka, aku pun keluar dari ICU & call mak. Mak balik rumah dari malam tadi.
Mak datang dengan uncle salleh n aunty pah. Doktor ckp diorang dah try their best. Tapi still can't make ayah better. maka, kami membacakan yassin. aku sempat mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali di telinga ayah.

4am.
Ayah menghembuskan nafas terakhir beliau di hadapan mata kami. ikut laporan pengesahan kematian, ayah pergi disebabkan oleh
septicaemia (blood infection) with multiorgan failure.

6am
lepas selesai urusan di hospital, jenazah ayah dibawa pulang ke rumah dgn van jenazah hkl. sampai kat rumah, uncle wak cakap semua dah settle. jiran - jiran dah tolong uruskan hal pengkebumian.

2pm
jenazah ayah dikebumikan di tanah perkuburan Islam taman keramat selepas solat jenazah. aku dan dik e diberi peluang utk menyambut jenazah ayah di liang lahad

Al Fatihah Buat Allahyarham Ayahanda Hamzah Mohamed (20 Mac 1947 - 16 Mac 2009)

No comments: