January 4, 2010

baru...baru...baru...

Setiap kali muncul tahun baru, pasti seantero dunia sibuk pasang azam (cita-cita) baru. Ada yang nak kerja baru, rumah baru, kereta baru, isteri baru (err...ada ke). Memang diakui memasang azam baru tu bagus. Tetapi harus diingat, tiada maknanya azam baru jikalau hanya di bibir saja.
Azam itu pasti tidak akan terlaksana tanpa sebarang usaha. Azam tersebut bukannya tin coke yang boleh bergolek ke sana-sini. Ada di kalangan kita yang hanya bersemangat pada awal tahun saja. Selepas itu, kembali kepada penyakit malas.
Rasanya tidak perlu diberitahu kepada semua tentang azam masing-masing. Yang penting ada kesungguhan untuk mencapainya.

Oleh itu, bak kata en.ahmad nabil....."Lu pikir la sendiri"

1 comment:

Norisha0111 said...

Yang ditinggalkan itu pengalaman, yang elok jadikan panduan yang tidak elok jadikan sempadan,pengalaman baru adalah perjalanan dan teruskan perjalanan itu tanpa mengalah dan isikan dia dengan perkara2 yang semakin baik dalam diri. Seandainya kamu memilih perjalanan yang sama di manakah perhentian kamu dan kamu berpuashati dengan semua itu? ...