Perutusan 2010 Masihi

Assalamu'alaikum wbt.
Tahun 2009 akan meninggalkan kita semua tidak berapa lama lagi. Sangat banyak kenangan manis, pahit, kelat, masin, tawar dan sebagainya berlaku dalam tahun 2009. Tahun 2009 adalah antara tahun yang mungkin tidak dilupakan oleh kami sefamilia pabila Almarhum ayahanda Hamzah Mohamed pergi meninggalkan kami semua di usianya hampir mencecah 62 tahun.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 0400 (waktu Malaysia) 16 Mac di ICU HKL akibat dari komplikasi organ dalaman. Hanya empat hari sebelum harijadinya ke 62 (20 Mac).
Tidak dilupakan bahawa tahun ini juga telah dua kali bertukar tempat kerja. Kali pertama di Ampang, Selangor. Dan kini di Gombak, Selangor. Bukan kerna ingin mencari cabaran baru dalam kerjaya, tetapi kerna masalah yang tidak dapat dielakkan.
Kepada semua, semoga tahun baru 2010 akan memberi sinar baru yang lebih baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Antara tarikh bersejarah dalam tahun 2009 (peringkat diri):
- 16 Mac
- 20 Mac
- 1 April
- 1 Julai
- 11 September
- 23 Disember

Sekian, wassalam.
- Zam Izham Hamzah -

Comments

iXa said…
wow 1 april 1 julai ade hape