November 5, 2009

umrah hadiah ke finale

Kerajaan Kelantan bersetuju menghadiahkan pakej umrah kepada pasukan bolasepak negeri sebagai ganjarann atas kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini. Bagi pemain & kakitangan yang bukan beragama Islam, wang saguhati akan diberi sebagai penghargaan kepada mereka.
Sementara itu, mesyuarat exco yang bersidang semalam (Oktober 4, 2009) juga turut mengistiharkan cuti peristiwa negeri Kelantan pada hari Ahad, 8 November ini sebagai meraikan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia 2009. Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco tersebut.

No comments: