clix this!

waktu Malaysia

November 1, 2009

Sekolah 1Malaysia

Sejak kebelakangan ini, konsep 1Malaysia semakin diterapkan dalam masyarakat Malaysia. Terbaru, ada cadangan untuk mewujudkan sekolah 1 aliran. Sekolah 1 aliran bermaksud semua pelajar tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India mahupun suku kaum Sabah & Sarawak belajar dalam 1 sekolah. Tiada lagi sekolah jenis kebangsaan.

Cadangan tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh semua pihak. Ada yang mengatakan baik, ada pula yang mengatakan tidak perlu.

Kita hanya akan mengubah dasar (kepada satu aliran) berdasarkan kehendak masyarakat kita. Jika masyarakat bersedia buat perubahan kita akan ubah dan selagi mereka tidak bersedia, kita akan kekalkan seperti sedia ada" ulas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Secara peribadi, cadangan tersebut adalah baik. Namun, adakah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum & agama terutamanya para ibubapa sudah bersedia untuk membenarkan anak-anak mereka menuntut di sekolah 1 aliran.

No comments: