clix this!

waktu Malaysia

November 9, 2009

Bakar! Bakar! Bakar!


Benar apa yang dikatakan oleh Setiausaha FAM, Datuk Azzuddin Ahmad hari ini. Letaklah 10 ribu orang anggota keselamatan pun, belum tentu mereka dapat mengawal kehebatan penyokong Kelantan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia sabtu lalu. Jikalau diperhatikan, manusia seperti ini tidak takut kepada manusia. Mereka hanya takut kepada gas pemedih mata dan semburan air. Lihat saja pada kebanyakan demonstrasi jalanan yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini. Hanya dapat dileraikan dengan cara demikian.

Maka, adalah dicadangkan kepada pihak berkenaan supaya membalas kehebatan tersebut dengan gas pemedih mata dan semburan air. Tak perlu bazirkan tenaga seramai 10 ribu orang untuk mengawal manusia begitu.

Bak kata Ahmad Nabil Ahmad....Lu Pikirlah Sendiri!

No comments: