masjid maksiat?

Harian Metro hari ini (Oktober 29, 2009) mendedahkan ramai pasangan muda yang bermesra di hadapan Masjid Putra (Putrajaya)setiap hari. Terutamanya pada waktu selepas solat maghrib. Bukan mahu menggalakkan maksiat, tetapi carilah tempat lain untuk melakukan maksiat. Banyak lagi pusat maksiat di Malaysia.

Jikalau tidak mampu untuk ke Genting Highland, Kuala Lumpur saja sudah cukup banyak. Janganlah kerna bisikan syaitan, perkarangan masjid dijadikan lokasi 'penggambaran'.

Hormatilah masjid sebagai pusat bagi umat Islam bertemu & beribadah. Masjid bukanlah lokasi yang menarik dan sesuai untuk dijadikan lokasi maksiat.

Comments