July 8, 2009

gettin nearer


SELANGOR kian menghampiri gelaran juara Liga Super 2009 selepas berjaya menewaskan Kuala Muda Naza 4-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Biarpun ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-22, Selangor bangkit meledak empat gol pada babak kedua.

Gol-gol Selangor diperolehi menerusi jaringan sendiri B. Rajnikandh (m-55), Khairul Anuar Baharom (m-71), Amri Yahyah (m-81) dan Asraruddin Putra Omar (m-88).

Dengan kemenangan itu, Selangor kini mengumpul 57 mata mengatasi Perlis yang mengumpul 53 mata setelah mereka sekadar seri 1-1 dengan Perak di Ipoh malam tadi.

Untuk muncul juara Liga Super 2009, Selangor hanya perlu menang ke atas PDRM pada perlawanan seterusnya di Stadium Selayang pada 21 Julai depan sebelum mereka menutup tirai saingan bertemu Pahang di Stadium Shah Alam pada 25 Julai depan.

sumber: selangorfc

No comments: