April 16, 2009

sepurnama lalu.....

Sepurnama lalu, pada waktu ini hamba bersama almarhum ayahanda yang berjuang buat kali terakhir hayatnya. Jam 4 pagi (waktu Malaysia) almarhum ayahanda Hamzah Mohamed telah kembali ke Rahmatullah di usianya yang sangat hampir 62 tahun. Almarhum pergi beberapa hari sebelum hari kelahiran beliau. Almarhum kerap berulang - alik ke hkl hampir 2 minggu sebelum pemergiannya. Bermula dengan masalah buah pinggang, almarhum pergi bersama kegagalan beberapa organ dalamannya berfungsi. 

Buat kesekian kalinya, ucapan terima kasih kepada semua yang menziarah ayahanda tatkala beliau di hkl, rumah mahupun hari pemergiannya. Juga terima kasih kepada semua yang banyak membantu keluarga kami terutama pada hari pemergian almarhum. Hanya Allah SWT sahaja dapat membalas budi anda semua.

buat almarhum ayahanda, semoga damai di sana.
sekian, wassalam.

No comments: