clix this!

waktu Malaysia

March 19, 2009

kronologi almarhum ayahanda.

13.3.2009 (2.30 pm)
wad 18, tingkat 4, hkl
aku datang ke wad selepas solat jumaat. mak cakap ayah fikiran ayah sikit kacau. mungkin sebab lepas dialisis. ayah asyik nak cabut tiub oksigen di hidungnya. berkali kali juga aku memujuk ayah supaya tak mencabutnya. tetiba ayah cuba bangun...
aku: ayah nak gi mana?
ayah: nak isi minyak
aku: isi minyak? ayah nak gi mana?
ayah: nak balik la

situasi itu berulang berkali - kali. tak lama lepas tu. ayah cakap nak mandi....
aku: ayah nak gi mana?
ayah: nak mandi
aku: tak bole. wire banyak ni.

ayah masih nak bangun sambil dadanya berombak. ayah kembali tenang selepas dipujuk datuk sahak. kawan baik ayah waktu sekolah dulu. itu la kali terakhir ayah berkata - kata.

14.3.2009
pagi - pagi mak sms. mak bagitau ayah kena pakai oksigen mask. dalam pukul 9am, mak call rumah.mak cakap ayah kritikal. kitorang bersiap dan terus ke hkl. sampai di wad, mak cakap doktor tgh keliling ayah. diorang tgh bagi bantuan pernafasan. kemudian, tinggal la seorang nurse situ mengepam oksigen utk ayah. aku sempat mengucap dua kalimah syahadah di telinga ayah.

tak lama lepas tu, doktor panggil mak. diorang cakap, ayah mesti dibawa ke icu. sebelum ke icu, ayah dibawa utk ct scan.

lebih kurang 2.30pm, ayah dimasukkan ke icu. lepas berita ayah kritikal & dimasukkan ke icu tersebar, ramai rakan dan saudara datang. kak farid & family yg dah nak sampai jb pun patah balik kl. ptg tu, family johor sampai. semua bergilir masuk ziarah ayah.

malam tu, aku masuk kejap icu. tgk keadaan ayah gettin better.

15.3.2009
tgh hari sebelum orang ramai datang ziarah ayah, aku masuk. aku tgk tangan ayah diikat. doktor kata ayah dah mula bagi respon. aku terus keluar bagitau mak. hari ni mmg ramai dtg ziarah ayah. pak lang & family dtg dari parit buntaq semata - mata utk ziarah ayah. family johor pun datang sekali lagi sebelum balik jb. mak itam (kakak ayah) cakap ayah sempat buka mata dan angkat tangan.

lepas maghrib, mak ani (adik ayah) dtg dgn family. aku sempat bawak mak ani tgk ayah sebelum disuruh keluar. waktu tu aku tgk ayah mcm down balik.

16.3.2009
2am
aku dikejutkan guard. dia cakap doktor panggil masuk. doktor cakap lepas diorang buat dialisis mlm tadi, blood pressure ayah turun mendadak. aku pun terus call mak kat rumah. mak sampai icu ditemani pak leh & aunty pah (jiran sebelah rumah). doktor ckp diorang dah try their best. tapi still can't make ayah better. maka, kami membacakan yassin. aku sempat mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali di telinga ayah.

4am.
ayah menghembuskan nafas terakhir beliau di hadapan mata kami. ikut laporan pengesahan kematian, ayah pergi disebabkan oleh septicaemia (blood infection) with multiorgan failure.

6am
lepas selesai urusan di hospital, jenazah ayah dibawa pulang ke rumah dgn van jenazah hkl. sampai kat rumah, uncle wak cakap semua dah settle. jiran - jiran dah tolong uruskan hal pengkebumian. siap ada yg sponsor makan pagi.

11am
lepas mandi jenazah dan dikafankan, ayah disembahyangkan di rumah. lebih kurang 12.30 tgh hari, jenazah ayah dibawa ke masjid al-ansar utk solat jenazah selepas zohoq.

2pm
jenazah ayah dikebumikan di tanah perkuburan Islam taman keramat selepas solat jenazah. aku dan dik e diberi peluang utk menyambut jenazah ayah di liang lahad. jenazah ayah disemadikan berhampiran dengan kubur kawan baiknya di jalan 14, arwah uncle Sadar.

No comments: