bajet mini RM 60 billion

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membentangkan bajet (belanjawan) mini sebanyak RM60 billion di Dewan Rakyat. Bajet mini kali kedua ini adalah bertujuan untuk merangsang ekonomi negara yang dilanda krisis ekonomi global ketika ini.

Antara kandungan yang terdapat dalam bajet mini tersebut adalah seperti:
- Pembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun

- Dana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan

- Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM500 juta untuk Program enyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak

- menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion tahun ini.

butiran terperinci bajet mini boleh diperolehi di sini

Comments

Rantong said…
Mudah2an kita akan berjaya berkat usaha & strategi kerajaan. Yang paling penting selepas ni, kita sebagai rakyat perlu beri sokongan kepada kerajaan untuk memastikan budget ini berjalan lancar.

View Profile: Rantong™