Al Fatihah...

Bolasepak Malaysia & Asia kehilangan seorang bintang ternama pada era 60 - 70an. Bekas pemain pertahanan bola sepak kebangsaan Sardar Khan Hyder Khan, meninggal dunia pada usia 66 tahun selepas dikesan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.

Allahyarham, abang kepada bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan bek kanan negara, Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan dianggap sebagai salah seorang tulang belakang handalan skuad kebangsaan dan Selangor dari 1963 hingga 1971.

Allahyarham pernah menjulang trofi berprestij bola sepak negara, Piala Malaya pada era 60-an dan seangkatan legenda tanah air seperti Datuk Ghani Minhat, Arthur Koh, Edwin Dutton dan Datuk M. Chandran serta mencipta nama dalam skuad negara yang menjuarai Pestabola Merdeka 1968 menewaskan Burma 3-0.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.


Comments