February 8, 2009

Tahniah Perak!

Buat julung kalinya, selepas hampir setahun berlalu PRU12 (Mac 8, 2008) negeri Perak Darul Ridzuan mencatat sejarah pabila mempunyai 2 kumpulan pentadbir kerajaan negeri. Hal ini berlaku pabila Barisan Nasional mendakwa mereka telah mempunyai cukup ADUN untuk membentuk kerajaan. Manakala Pakatan Rakyat pula mempertahankan pendirian mereka bahawa mereka masih berkuasa di Perak.

Tahniah kepada rakyat Perak kerana mempunyai 2 Menteri Besar & 2 barisan Exco negeri. Secara peribadi, hal ini sepatutnya diserahkan kepada rakyat semula. Ini bermaksud, pilihanraya negeri perlu diadakan semula. Biar rakyat yang menentukan siapa pilihan mereka kerana yang akan menerima faedahnya adalah rakyat. Bukan mereka yang berjaya mengambilalih mahupun mereka yang cuba mempertahankan kedudukan.

Apa - apa pun, biarlah semuanya berjalan lancar dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama - lama jadi _________ (terpulang kepada individu untuk mengisi tempat kosong)

Sekian, terima kasih.

No comments: