clix this!

waktu Malaysia

January 30, 2009

Malaysia@World Cup?

Sebentar tadi menonton rancangan ulangan ALLY di TV3. Agak menarik topik yang dibincangkan iaitu sasaran skuad bolasepak Malaysia untuk beraksi di Piala Dunia 2018. Sesuai dengan topik yang dibincang, sebahagian skuad Selangor dijemput ke program itu. Ada yang mengatakan sasaran itu adalah hanya angan - angan kosong. Ada pula yang mengatakan banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan sasaran itu tercapai.

Beberapa orang bekas pemain kebangsaan berpendapat Malaysia perlu kukuh di peringkat Asia Tenggara dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Malahan, perkembangan skuad belia juga perlu diberi perhatian.

Secara kebetulan, rancangan tersebut disiarkan sejurus selepas perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di mana Malaysia tewas kepada UAE dengan 0 - 5. YE! 0 - 5. Lebih menarik lagi, jurulatih kebangsaan B. Sathianathan menjadi sasaran banyak pihak dengan kenyataannya "M League is not football". Apa yang dimaksudkan hanya beliau saja yang tau. Tetapi, kenyataan itu turut disokong beberapa bekas pemain kebangsaan yang kecewa dengan keputusan itu.

Kesimpulannya, sampai bilakah prestasi 'cemerlang' itu akan berterusan? Pihak berkenaan harus melakukan sesuatu bagi mengakhiri episod 'cemerlang' itu.

majuLAH sukan untuk negara

Sekian, terima kasih.

No comments: