clix this!

waktu Malaysia

January 28, 2009

bahasa rojak?

Agak tertarik pabila menonton rancangan ALLY di TV3. Topik yang dibincangkan adalah mengenai bahasa rojak. Seperti rojak buah, bahasa rojak juga adalah gabungan beberapa bahasa dalam dialog seharian. Sekitar tahun 80 dan 90an, kempen Cintai Bahasa Kita ghairah dilancarkan. Tetapi, kempen ini dilihat tidak konsisten. Jangan katakan orang ramai, para menteri dan pemimpin juga banyak menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan. 

Malahan jika diperhatikan terdapat program anjuran kerajaan dan swasta turut menggunakan bahasa rojak. Contohnya adalah seperti RakanCop, SureHeboh (ditukar kepada JomHeboh selepas heboh). Begitu juga dengan rancangan televisyen. Nama saja program bahasa Melayu, tetapi bahasa yang digunakan bercampur aduk. Itu tidak masuk lagi tentang drama - drama yang disiarkan di televisyen. Hinggakan ada yang bertanya adakah itu drama Melayu atau drama Inggeris.

Tidak salah untuk berbahasa rojak, tetapi jangan sampai terbawa kepada urusan rasmi. Hal ini pernah berlaku dalam peperiksaan PMR dan SPM. Para pelajar seperti hilang punca untuk menterjemah sesuatu perkataan inggeris kepada Melayu. Maka, siapakah yang harus dipersalahkan jikalau suatu hari nanti ramai yang keliru yang mana satu bahasa Melayu sebenar dengan bahasa rojak. Tepuk dada tanya kaunter pertanyaan.

Sekian, terima kasih. 

No comments: