December 10, 2008

TERKINI! tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Terkini!
Dec 9, 2008
Operasi mencari masuk hari keempat. Seorang mangsa dipercayai warga Sri Lanka yang dilaporkan hilang telah ditemui pada jam 5.30 petang. Walaubagaimanapun, tidak dapat disahkan kerana keadaan mayat yang telah reput. Namun menurut Datuk Khalid Abu Bakar, mayat yang ditemui adalah bangkai binatang yang tertimbus, bukannya mayat manusia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pagi tadi selepas pihak polis mendapat laporan terdapat seorang lagi mangsa dipercayai tertimbus di dalam tanah. Sehingga kini, mereka masih mencari seorang wanita warga Sri Lanka yang bekerja di salah sebuah banglo yang diranapkan tanah runtuh. Walaubagaimanapun, sehingga jam 11.30 malam masih tiada tanda dapat ditemuiPihak TNB juga telah memulihkan bekalan elektrik di kawasan terlibat selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dec 8, 2008
Keretakan di Kondominium Impian Selatan dikesan oleh JKR dan IKRAM. Dipercayai deretan rumah di Jalan Wangsa 9, Bukit Antarabangsa mungkin boleh runtuh bila-bila masa. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bimbang dua tangki air besar terancam pecah. Selepas mencari selama 2 hari, operasi mencari dan menyelamat mangsa dihentikan pada jam 6 petang semalam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dec 6, 2008
Sebagaimana yang semua sedia maklum, negara telah digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa. Sehingga jam 8 malam, seramai 4 orang telah ditemui mati, 93 orang berjaya diselamatkan dan 15 orang yang tercedera akibat kejadian tersebut. Penduduk dalam lingkungan 1 km telah dinasihatkan untuk mengosongkan rumah mereka bagi tujuan keselamatan. Berikut adalah antara gambar yang telah diambil oleh jurugambar dari akhbar The Star.


Semasa kejadian berlaku, gua dan kawan gua tiada di tempat kejadian. Kami mendapat berita mengenai kejadian tersebut kira - kira jam 7 pagi dan terus pulang ke Bukit Antarabangsa (rumah kawan gua, lebih tepat lagi berhampiran dengan tempat punca runtuhan tanah berlaku) untuk melihat keadaan sebenar. Takziah diucapkan kepada mereka yang telah ditimpa bencana alam itu.

Petikan akhbar...
Semua penduduk yang diarahkan berpindah boleh mendapatkan perlindungan sementara di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, mereka yang terlibat dengan pemindahan itu terdiri daripada penduduk dalam radius satu kilometer dari sekeliling kawasan runtuhan. (Utusan Online)

No comments: