December 22, 2008

Selamat Harijadi ...

Dua hari lalu (Disember 20) adalah merupakan harijadi bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ke 83. Dalam usia emas itu, beliau masih lagi menerima banyak jemputan untuk memberi ucapan dan merasmikan sesuatu acara. Beliau adalah Perdana Menteri yang paling lama memerintah Malaysia iaitu selama 22 tahun (1981 hingga 2003). Beliau telah beusaha membawa nama Malaysia dikenali seantero dunia. Beliau juga digelar Bapa Pemodenan Malaysia kerana banyak mengilhamkan projek - projek mega di Malaysia. Antaranya adalah seperti pembinaan KLIA, Menara Berkembar Petronas, pembangunan Putrajaya & Cyberjaya. Malahan, beliau juga telah menimbulkan idea untuk Malaysia menghasilkan kereta nasional pertama (PROTON).

Dan....sehari sebelum itu (Disember 19) adalah harijadi adikku yang ke....(berapa tah. err...). Beliau adalah merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Hobi beliau adalah mengambil gambar (bukan potong gambar dalam majalah) kerana beliau mempunyai Nik (bukan orang Kelantan, tetapi kamera digital Nikon).

Selamat harijadi kepada semua yang lahir di dunia ini.
Sekian, teremakasi!

No comments: