December 10, 2008

memory remain...

Hari ini (Disember 11) genaplah 15 tahun peristiwa pangsapuri Blok A Highland Towers di Ulu Klang tumbang. Peristiwa yang berlaku pada pukul 1.30 petang hari Sabtu itu telah menggemparkan negara. Pangsapuri setinggi 12 tingkat itu tumbang menyembah bumi dan mengakibat kematian seramai 48 orang. Kawasan tersebut telah diisytiharkan tidak selamat dan semua penduduk Blok B dan C diarahkan mengosongkan kediaman mereka. Ada yang mengatakan struktur tanah menjadi tidak stabil akibat hujan lebat yang berterusan beberapa hari sebelum kejadian. Pelbagai pakar dari seantero dunia telah datang ke Ulu Klang bagi membantu operasi mencari dan menyelamat. Peristiwa tersebut sepatutnya dijadikan iktibar kepada semua pihak. Tak kira sama ada pemaju perumahan, pihak berkuasa mahupun pembeli.



No comments: