December 18, 2008

kapal Malaysia ditawan lanun....lagi?

Sebuah kapal tunda dan tongkang milik dua syarikat swasta negara ini bersama 11 anak kapal warga Indonesia yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia ditawan sekumpulan lanun Somalia di perairan Yemen semalam.

Kedua-dua kapal tersebut yang tidak membawa sebarang muatan ditawan kira-kira pukul 7.15 pagi waktu tempatan (12.15 tengah hari waktu Malaysia) sebelum dibawa masuk ke perairan Somalia.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Muhamad Hatta Abdul Aziz berkata, Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama kedua-dua syarikat tersebut atas tujuan keselamatan.

Setakat ini belum ada tuntutan daripada pihak lanun berhubung penawanan dua kapal tersebut. Kita baru dimaklumkan mengenai perkara ini (ditawan lanun Somalia),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kejadian itu adalah kali kedua selepas dua kapal milik MISC ditawan lanun Somalia pada bulan Ogos dan September lalu. Kesemua anak kapal yang ditawan dibebaskan menjelang Aidilfitri lalu.

No comments: