November 26, 2008

tunggu bas jam 1.30 pagi?

Ye! itulah yang ku terlihat lebih kurang 1 tahun lepas di Presint 11, Putrajaya. Ketika itu perutku mula mendendangkan lagu rock kapak! dari album Double Trouble. Nak masak memang malas. Lagipun yg ada anjing panas (hotdog) & maggi je. Maka, oleh yang demikian dengan bangganya menghidupkan enjin motorsikal dan menuju ke restoran mamak di Presint 9.

Selesai acara membeli makanan di awal pagi, kembali pulang ke Presint 11. Tatkala itulah mataku terlihat 2 orang budak sekolah di perhentian bas. Aku pun buat tak tau je. Ala...budak sekolah tunggu bas tu. Sampai di rumah baru teringat...jam sekarang 1.30 pagi. Ada ke bas lagi waktu tu. Budak sekolah pun dah tentu tido waktu tu. Secara automatik tanganku mencari mp3 ayat² Al-Quran & diperdengarkan seantero rumah.

Cerita di atas adalah pengalaman sebenar penulis. Jikalau tak percaya, cubalah lalu di mana² perhentian bas di awal pagi. Insya Allah swt anda akan bertemu dengan 'mereka'. err...

3 comments:

nadzunix said...

mungkin memang budak skulah ..lalala

iXa said...

Secara automatik tanganku mencari mp3 ayat² Al-Quran & diperdengarkan seantero rumah.

ceh. pasang watpe. bace lah sendiri!

Jazlin Ernida said...

hehe ala biase la tu. apsal x gi tego hehe