"saya bukan merajuk"

Ye...kepada mereka yang tidak mengenalinya, itulah Herman Tino. Penyanyi yang amat popular sekitar tahun 80an. Muncul dengan imej berkain pelekat & rambut kembang semangkuk, beliau pernah mencetus kontroversi dunia hiburan tempatan apabila bertindak berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Sebenarnya saya bukan merajuk dengan dunia seni tapi kesal dengan perubahan diri setelah bergelar penyanyi. Bayangkan orang miskin seperti saya tiba-tiba dapat kemewahan tentulah jadi lupa diri.

“Sewaktu popular saya mendapat pujian melambung dan hampir tersungkur. Semua itu adalah anugerah Allah yang perlu dijaga tapi waktu itu saya tidak menjaganya.


“Disebabkan saya rasa bersalah kerana tidak mensyukuri nikmat itulah saya berjalan kaki ke Ipoh untuk menenangkan hati. Tunggulah satu masa nanti saya cerita kenapa saya mengambil tindakan begitu,
” katanya yang banyak terhutang budi dengan S.Atan yang membimbingnya menjadi penyanyi lagu asli menerusi album Melayu Deli.

Kepada mereka yang teringin mendengar lagu-lagunya, bak kata cik Fara Fauzana, layan....
1. Mengapa Dikenang, Mengapa Difikir
2. Maharani


Comments