September 24, 2008

turun 10 sen!

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa esok.

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter. Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

(source: bernama, utusan malaysia & malaysiakini)

No comments: