clix this!

waktu Malaysia

September 25, 2008

sms ON RAYA

semenjak teknologi sistem pesanan ringkas (sms) mula menjadi fenomena (bukan filem / album Search) dunia moden ini, ia telah menjadi alat untuk mengirim ucapan yang paling cepat & murah. Pos Malaysia turut mengakui bahawa sms telah menyebabkan kiriman kad raya melalui pos semakin berkurangan.

Manusia hanya perlu beberapa saat (mungkin seminit lebih) untuk menaip & menghantar sms raya kepada sesiapa saja. Sambil memandu pun (jangan amalkan) boleh dilakukan. Malahan menurut mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir, rakyat Malaysia sanggup berhabis jutaan RM hanya untuk sms saja.

Yang pasti syarikat telekomunikasi akan mendapat duit raya mereka saban tahun. Terutamanya di kala malam raya & pagi raya. Malahan jika diperhatikan, semasa khutbah raya pun ada yang sibuk melayan sms.

Oleh itu, bersama kita sms ON RAYA & send to sesiapa saja.
Sekian, terima kasih.

No comments: