SMART la sgt ...

"Fungsi utama Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) adalah untuk pengurusan air banjir, manakala fungsinya untuk kegunaan bagi laluan trafik adalah keutamaan yang kedua"  Pengarah Pusat Kawalan SMART (SCC) Ir.Low Koon Sing.

Tindakan pengurusan SMART untuk menutup terowong dwi-fungsi itu adalah tepat di kala kosmopolitan yang penuh dengan iblis dan syaitan ini mengalami hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Sekiranya terowong yang dibina dengan kos RM1.9 billion itu tidak ditutup kepada lalulintas tatkala hujan lebat, nescaya banjir kilat akan berlaku lagi di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya. 

"...tanpa Terowong SMART, limpahan air sebanyak 1.16 juta meter padu akibat hujan lebat tanpa henti selama tiga jam pada Khamis lepas sudah pasti akan menenggelamkan kawasan-kawasan tertentu di pusat bandar raya." tambahnya lagi. 

"Sistem Pengesan Banjir (FDS) di SCC mengesan hujan cukup lebat pada hari Khamis lepas mulai jam 2.15 petang yang berlarutan selama tiga jam tanpa henti di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, dengan kelebatan maksimum dicatatkan 105 milimeter"

Comments