September 15, 2008

Ramadhan & anak yatim

Setiap tahun semua umat Islam seantero dunia diwajibkan berpuasa selama sebulan di siang hari pada bulan Ramadhan. Puasa bererti menahan perut dari lapar dan dahaga. Serta mengawal nafsu dari melakukan perkara² yang boleh membatalkan puasa.

Anak yatim dan orang kurang berkemampuan sering dikaitkan dengan bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan di mana umat Islam digalakkan untuk membuat amal jariah sebagai bekalan masa hadapan. Sama ada sedar atau tidak perasan, tiap kali Ramadhan tiba pasti banyak acara berbuka puasa & penyerahan derma kepada anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan.

Bukannya tidak setuju, tetapi kenapa perlu menunggu kehadiran Ramadhan untuk menderma? Amalan beramal jariah seharusnya diamalkan setiap masa, bukan hanya pada Ramadhan saja. Oleh yang demikian.....

hulurkan tangan, ringankan beban
hulurkanlah kepada mereka yang kurang berkemampuan
tanpa mengira agama, bangsa & masa.

1 comment:

Anonymous said...

Ayoh, Ramadhan ini kita pertingkatkan amalan, pupuk kesabaran, jauhi segala kemungkaran,itulah sebaik sedekah sendirian sebelum dapat kita menghulurkan kepada kalian luaran.