clix this!

waktu Malaysia

August 17, 2008

Kedah pantang kalah

Harapan jutaan rakyat Malaysia untuk melihat pingat emas pertama Olimpik berkecai apabila pemain perseorangan badminton negara Lee Chong Wei tewas kepada pemain pilihan pertama dari China, Lin Dan dengan 12-21 & 8-21. Chong Wei dilihat tidak dapat memberi aksi terbaiknya apabila kerap melakukan kesilapan sekaligus memberi mata kepada Lin Dan. Apapun tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya menamatkan kemarau pingat kontigen Malaysia selama 8 tahun di Olimpik.

Sementara itu, Kedah layak ke finale Piala Malaysia musim ini selepas menang dengan aggregate
3 -2 ke atas Terengganu. Skuad Penyu cuba bangkit pada perlawanan separuh akhir kedua apabila menang 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Kedah akan bertemu Selangor pada 23 Ogos di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menentukan juara Piala Malaysia musim ini.

No comments: