return of the jedi?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan kembali ke Parlimen sebagai ahli setelah 'bercuti' selama 10 tahun. Datuk Seri Anwar Ibrahim menewaskan dua pencabarnya Datuk Arif Shah (BN) dan Hanafi (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi. Anwar mendapat 31,195 undi berbanding Arif (15,524). Seorang lagi calon dari AKIM hilang wang deposit apabila hanya menerima 92 undi.

Dengan kemenangan ini, Datuk Seri Anwar akan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia setelah dipilih sebulat suara oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG
P44:PERMATANG PAUH

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

Comments