August 24, 2008

double treble


Kedah pantang kalah,
walau jatuh sakit dan rebah,
bangun langkah semula gagah,
bujur lalu melintang patah

Skuad Hijau Kuning mencipta sejarah bolasepak tempatan apabila menjadi pasukan pertama menjuarai 3 kejuaraan piala untuk 2 musim berturut-turut. Malam tadi, mereka melengkapkan double treble apabila menjuarai Piala Malaysia menewaskan Selangor 3 - 2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Perlawanan finale yang menjadi dream final banyak pihak itu nyata milik Kedah walaupun mereka ketinggalan 0-1 jaringan Frank Seator pada awal permainan. Barisan pertahanan Merah Kuning dipaksa bekerja keras mengekang asakan menggila Kedah. Selangor cuba bangkit pada separuh masa kedua namun hanya dapat menambah satu gol hasil jaringan agak cantik Safee Sali dari luar penalti.

No comments: