clix this!

waktu Malaysia

July 7, 2008

Air percuma untuk rakyat miskin

Kerajaan Perak hari ini mengumumkan pemberian air paip percuma kepada rakyatnya yang berpendapatan rendah. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata penduduk berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan akan mendapat kemudahan itu bermula Ogos ini. Bulan lalu, Selangor menunaikan janji dalam manifesto PAS dan PKR, mula melaksanakan kemudahan itu seluruh negeri kepada pemilik meter air individu.

Menteri besar Perak menambah, 15,000 penduduk miskin di negeri ini dikenal pasti bakal menerima manfaat itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan.

"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya hari ini.
(source: bernama, malaysiakini)

No comments: