Skop Production mempersembahkan....


sebuah filem (anak) Yusof Haslam...

EVOLUSI: KL DRIFT adalah sebuah filem arahan sulung Syamsul Yusof (anak DY Haslam) mengisahkan tentang kehidupan para drifter di ibukota cinta. Filem ini telah ditayangkan pada April 2008 dan hanya baru kini berjaya ditonton (terima kasih kepada mereka yang sudi upload di torrent). Barisan pelakon adalah hampir sama dengan kebanyakan drama terbitan Skop Production. Yang tiada adalah team gerak khas. Dari segi lagak ngeri boleh dikatakan menarik kerna berjaya menjahanamkan beberapa buah kereta sponsor (real action, bukan computer generated). Cuma dialog² mereka seperti masih lagi dipengaruhi 'sebuah filem DY Haslam'. Apapun, tahniah kepada mereka terlibat kerna melarikan sedikit diri dari bayangan DY Haslam.


Comments