clix this!

waktu Malaysia

June 16, 2008

RM 10j kepada anak negeri ke IPTA

Kira-kira 10,000 anak-anak rakyat Selangor yang berjaya menjejaki kaki ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan mendapat wang sumbangan sebanyak RM1,000 seorang mulai bulan depan.

Ini satu lagi kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya walaupun belum sampai 100 hari memerintah negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan satu lagi janji dengan memperuntukkan wang sebanyak RM10 juta untuk membiayai pendidikan anak-anak Selangor.

Sebelum ini katanya, lebih sejuta rumah di negeri Selangor mula menikmati air percuma bagi penggunaan 20 meter padu bernilai RM11.40 pada bil air bulan ini.

Beliau berkata perkara itu dapat dijayakan pada ketika pihak pembangkang Umno-BN sering meragui kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat merealisasikan manifesto tersebut.

Sebenarnya kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin dan bertanggungjawab bagi memenuhi harapan dan permintaan rakyat negeri Selangor.

"Kami berusaha menunaikan segala janji dalam manifesto secara berperingkat-peringkat tetapi kami tetap akan mengkaji perancangan yang dibuat agar ia dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Selangor, di Dataran SUK, Shah Alam pagi tadi. lagi di sini

(source: harakah)

No comments: