May 27, 2008

P. Pinang haramkan Islam Hadhari

Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

"Negeri (Pulau Pinang) akan mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat," kata timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bersetuju dengan langkah yang diambil oleh exco hal-ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali seperti diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Wakil rakyat Gombak Setia itu berkata, semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak mengadakan sebarang program yang menyentuh konsep Islam itu yang diperkenal perdana menteri sejak empat tahun lalu.

Mohammad Fairus, yang juga exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar."

Beliau, juga seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.

"Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi," katanya. lagi di sini

(source: utusan & malaysiakini)

3 comments:

ijad said...

awak sokong yang mana pula..

azzam izham said...

Islam adalah agama yang sempurna dulu, kini & selamanya. tak perlu ada sebarang penambahan mahupun pengurangan. semuanya sudah dijelaskan dalam Al-Quran & Hadith

Anonymous said...

.....haramkanlah islam hadari.....sokong..puja ....meriahkan jom heboh....pesta macam macam pesta.. konsert bermacam aneka.. maka lekalah anak anak melayu...itukah yang kita mahu......