May 8, 2008

Krisis bekalan makanan, al-Quran telah beri peringatan

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Al-Quran telah memberi peringatan dan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.

Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.

Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". lagi di sini.....

(source: harakah)

No comments: