clix this!

waktu Malaysia

May 10, 2008

Khairy: Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

http://ampin.files.wordpress.com/2006/09/khairy.jpg

Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa supaya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Sehubungan itu, katanya, terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah badan kawal selia bebas seperti majlis akhbar bagi menggubal sebuah mekansime untuk memansuhkan akta tersebut.

Berucap pada forum Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) bertajuk "Kebebasan Akhbar: Pilihan Raya Umum 2008" sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Kuala Lumpur hari ini, Khairy berkata, media arus perdana perlu melakukan pembaharuan.

Jika gagal berbuat demikian, katanya, maka adalah sukar untuk menghadapi saingan dari segi nilai berita mengikut keadaan semasa, demikian menurut laporan Bernama.

Ahli parlimen Rembau itu berkata wujud tahap keterbukaan sejak empat tahun kebelakangan ini tetapi ia tidak disusuli dengan pembaharuan perundangan dan
birokrasi.

"Saya berpendapat jika kerajaan bersedia untuk memberi ruang tersebut tanpa pembaharuan undang-undang maka kita mungkin menyelesaikan menerusi sebuah badan kawal selia bebas, menawarkan latihan yang lebih baik dan melupuskan halangan birokrasi," katanya.
lagi di sini ..

(source: malaysiakini)

No comments: