May 8, 2008

Kerajaan Selangor hulur RM1 juta bantu mangsa taufan di Myanmar

SHAH ALAM, 7 Mei (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta yang akan disalurkan terus kepada mangsa Taufan Nargis di Delta Irrawaddy, Myanmar.

ImagePengumuman itu dimaklumkan oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas selesai mengadakan Mesyuarat Exco Mingguan, di Bangunan SUK, di sini, petang tadi.

Menurut beliau, atas keperihatian penderitaan yang dilalui oleh rakyat Mynmar akibat tragedi itu Exco Kerajaan Negeri yang bermesyuarat petang tadi telah memutuskan akan membantu kewangan dengan jumlah tersebut.

Terdahulu angka korban terbaru Taufan Nargis hampir mencecah 22,000 orang, manakala 41,000 lagi dikhuatiri hilang.

Stesen televisyen Myanmar melaporkan sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 21,793 orang terkorban dan 40,695 yang lain masih hilang di wilayah Irrawaddy. lagi di sini.....

(source: harakah)

No comments: