Islam penyelesai masalah pekerja

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan semua majikan, Ketua Jabatan dan syarikat supaya melaksanakan peraturan atau budaya kerja berpandukan ajaran Islam bagi mengelakkan pekerja terjerat dengan masalah majikan mendiskriminasi pekerja.

Beliau berkata, semua manusia sama ada mereka yang berjawatan Menteri Besar, Ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan dianggap sebagai pekerja.

Justeru, katanya, majikan perlu memberi gaji atau elaun kepada pekerja mereka selepas selesai melakukan tugasan tanpa sebarang tekanan.

Menurut beliau, cara menyelesaikan masalah pekerja sama ada mereka di kalangan buruh kasar atau pegawai kerajaan, majikan perlu membayar gaji atau elaun mereka setimpal dengan tugasan masing-masing. lagi di sini.....

(source: harakah)

Comments