hari ini dalam sejarah

Pada tahun 1969, telah berlaku satu peristiwa yang pasti tidak akan dilupakan oleh warga Malaysia khususnya di sekitar Kuala Lumpur. Peristiwa 13 Mei 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Antara punca tercetusnya peristiwa itu adalah isu perkauman yang menjadi bahan utama sepanjang kempen pilihanraya 1969. Isu seperti bahasa Melayu sebagai kebangsaan, hak keistimewaan orang Melayu dan hak kerakyatan bukan Melayu telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Perarakan kemenangan pihak pembangkang menjadi tidak terkawal sehingga berlaku pertumpahan darah sekitar Kuala Lumpur terutama di Kg. Baru.

Berikutan kejadian itu, pilihanraya umum diadakan semula dan kerajaan memenangi semula majoriti 2/3. Beberapa langkah telah dibuat oleh kerajaan bagi memastikan peristiwa 13 Mei tidak berulang. Antaranya adalah penubuhan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara dicipta bagi memupuk semangat muhibah warga Malaysia.

(source: buku Sejarah sekolah menengah, wikipedia)

Comments