clix this!

waktu Malaysia

May 19, 2008

Dr. Mahathir keluar UMNO

Dr. Mahathir: Saya umum saya keluar parti hari ini

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara. lagi di sini

(source: malaysiakini, Bernama & Utusan)

No comments: