clix this!

waktu Malaysia

May 23, 2008

Batu Putih milik Singapura

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.

Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.

RTM telah menyiarkan secara langsung pengumuman penghakiman tersebut dari Hague mulai jam 4 petang ini.

Penghakiman tersebut diumumkan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh. Beliau mengambil masa hampir dua jam untuk membaca keputusan tersebut.

Pulau Batu Puteh, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura.

Bagi Terumbu Karang Tengah pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak kepada Malaysia. Begitu juga Terumbu Karang Selatan.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu di Hague, menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang".

Dalam temubual yang disiar secara langsung oleh RTM1, beliau berkata, walaupun kedaulatan Pulau Batu Puteh berpihak kepada republik itu, namun penting juga dilihat bahawa kedaulatan Terumbu Karang Tengah, yang dikenali sebagai Middle Rocks, diberi kepada Malaysia.

"Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangan epada kedua-dua pihak...pada satu peringkat mahkamah ICJ memutus mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran dan lain-lain hal berkaitan tuntutan (Pulau) Batu Puteh.

"Mahkamah memutuskan untuk memberi kedaulatan kepada republik Singapura, api pada masa yang sama...ini penting...Pulau Middle Rocks adalah diberi milik kedaulatan kepada Malaysia. Dan ini merupakan satu kemenangan kepada Malaysia jua," katanya.

Mengenai Terumbu Karang Selatan yang juga dikenali South Ledge, Rais berkata, mahkamah menentukan bahawa kedaulatannya tertakluk kepada persempadanan perairan yang dimiliki oleh sesebuah negara.

"Ia mungkin nanti merupakan satu isu yang harus disusul bersama oleh Singapura dan Malaysia menentukan tahap serta status kedaulatan kepulauan tersebut," kata Rais.

(source: malaysiakini)

No comments: