KEJUTAN!

KEJUTAN!
(updated)

Barisan Nasional pimpinan Pak Lah menerima tamparan terhebat sejak ditubuhkan pada tahun 1973 apabila kehilangan 4 negeri disamping kempunan menawan kembali Kelantan yang telah 18 tahun dipimpin Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz Nik Mat dalam pilihanraya umum ke-12 semalam. Secara keseluruhan, majoriti BN turun mendadak seluruh Malaysia. Malahan, majoriti 2/3 BN di Parlimen dinafikan dengan hanya perolehi 137 kerusi berbanding 199 pada tahun 2004. Negeri² yang terlepas dari tangan BN adalah SELANGOR, PERAK, KEDAH & PULAU PINANG. WILAYAH PERSEKUTUAN juga terlepas dari tangan BN.

Kepada mereka yang berjaya, sama ada dari BN mahupun BA, tunaikan tanggungjawab kalian sebagai pemimpin masyarakat sebaik mungkin. Jadikan keputusan PRU12 sebagai pengajaran kepada kita semua. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita diperhatikan oleh masyarakat dan juga Allah swt.

Sekian, wassalam.

Comments

Servidores said…
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Servidor, I hope you enjoy. The address is http://servidor-brasil.blogspot.com. A hug.