December 4, 2007

Mandul minda?

Baru - baru ini, Parlimen Malaysia bergema dengan isu kemandulan di DBP. Bukan kakitangan DBP yang mandul, tetapi kemandulan minda. Kemandulan minda yang dimaksudkan adalah kegagalan pihak DBP & seangkatan dengannya untuk mencari istilah baru dalam bahasa Melayu.

Secara rasional, ada benarnya mengenai perkara yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen tersebut. Sejak kebelakangan ini, banyak perkataan dari bahasa asing diterimapakai sebagai istilah Melayu. Antaranya adalah seperti budget, precint dan sebagainya. Mengapa dahulu boleh dipanggil belajanwan, tetapi sekarang budget. Sedangkan penggunaan matawang adalah sama iaitu RM. Apalah salahnya nama - nama precint di Putrajaya dinamakan seksyen / zon.

Memang diakui bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa & juga bahasa ilmu. Bak kata Hasbullah Awang, tetapi harus diingat bahasa Melayu pernah menjadi bahasa pengantara sewaktu zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Para pedagang dari India & China berbahasa Melayu sewaktu berlabuh di Melaka.

Tidak salah kita menggunakan istilah bahasa asing dalam bahasa Melayu, tetapi janganlah sampai bahasa Melayu yang cukup indah dengan istilah dikikis secara halus. Bimbang pada masa akan datang anak² Melayu sukar untuk membezakan yang mana satu istilah Melayu dengan istilah bahasa asing.

7 comments:

azrey said...

dari aspek kontekstualiti, bahasa melayu adalah sewajarnya ditempatkan di carta utama penggunaannya. lebih-lebih lagi dalam fenomena komuniti sejagat pada masa kini.

walaubagaimanapun, macapada pada dewasa ini sekali lagi telah memperlihatkan keangkuhan ludahan budaya penjajah (british) yang terus dijilat dan jilat oleh bangsa kita. dari pemimpin bangsa, sehinggalah ke generasi muda yang bakal mewarisi takhta nasionalisasi pada masa akan datang.

sisa sisa yang dijilat ini menjadikan bangsa kita melekatkan satu jenis vaksin ke dalam diri dan minda komuniti kita. dari aspek tutur bahasa, bahasa-bahasa perantara formal sehinggalah ke aspek pemakaian dan psikologikal minda dan tingkah laku.

tali leher, pesta-pesta, atau segala jadah latah "oh my gosh". itu apa?

kalau saudara penulis dan mana-mana pihak lain menyifatkan kemandulan bahasa ini sebagai satu agenda pelupusan halus bahasa melayu untuk generasi esok, ada kewarasannya di situ.

namun satu kebimbangan yang lebih besar terhadap, persekitaran budaya di Malaysia yang memihak kepada klimaks kemandulan ini.

Persekitaran yang bagaimana?

Buka mata, nampak segala. Siang tak pernah kurang. Malam tak pernah pula siang.

Sekian hujah daripada saya. Kembali kepada Tuan Speaker.

tuan speaker said...

alamak, speaker kurosak lak

apek low_yat said...

altec langsing baru punya ada. mau angkat kasi test?

sonic gear i streoid pun bole maa..

CresceNet said...

Oi, achei seu blog pelo google está bem interessante gostei desse post. Gostaria de falar sobre o CresceNet. O CresceNet é um provedor de internet discada que remunera seus usuários pelo tempo conectado. Exatamente isso que você leu, estão pagando para você conectar. O provedor paga 20 centavos por hora de conexão discada com ligação local para mais de 2100 cidades do Brasil. O CresceNet tem um acelerador de conexão, que deixa sua conexão até 10 vezes mais rápida. Quem utiliza banda larga pode lucrar também, basta se cadastrar no CresceNet e quando for dormir conectar por discada, é possível pagar a ADSL só com o dinheiro da discada. Nos horários de minuto único o gasto com telefone é mínimo e a remuneração do CresceNet generosa. Se você quiser linkar o Cresce.Net(www.provedorcrescenet.com) no seu blog eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. If is possible add the CresceNet(www.provedorcrescenet.com) in your blogroll, I thank. Good bye friend.

azrieizham said...

CresceNet ni bersungguh2 lah

Mahathir said...

sokong kata2 CresceNet

azzam izham said...

sape CresceNet