Tambahan Peruntukan RM 150 juta untuk PDRM

Hanya kenangan terukir di dada
Bersemadi dalam sanubariku
Jiwa membara memendam rasa
Tersemai seribu pengertian hidupku

Kenangan Bersamamu - Lefthanded
1986

* Lirik di atas tiada kaitan dengan tajuk yang tertera.

BUKIT KAYU HITAM 28 Okt. – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM150 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan membeli kelengkapan menjalankan operasi membanteras jenayah terutama baju kalis peluru.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pihaknya memahami keperluan mendesak PDRM untuk melengkapkan segala kemudahan diperlukan dalam operasi serbuan bagi mengurangkan risiko bahaya kepada anggota polis yang terlibat.

Menurutnya, Jabatan Logistik PDRM juga telah diarahkan untuk membuat kajian bagi mengenal pasti jenis baju kalis peluru yang diperlukan mengikut kelajuan peluru.
(Utusan Malaysia - Oktober 29, 2007)

Comments