mengangkasa bangsa

Awal minggu ini, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri telah memperkenal satu istilah baru khusus kepada masyarakat Melayu iaitu mengangkasa bangsa. Walaupun tidak begitu faham ertikata sebenar mengangkasa bangsa, tetapi secara ringkas dapat la faham sikit.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebenarnya mahu masyarakat Melayu mengangkat martabat bangsanya sendiri ke tahap yang tinggi seperti zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka dahulu. Saranan beliau mungkin tepat pada masanya tatkala bangsa Melayu yang zahirnya kian maju tetapi sebenarnya ketinggalan dari banyak aspek. Tak kira sama ada ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Adalah diharapkan saranan beliau dapat diterimapakai oleh segenap pelusuk masyarakat Melayu tanpa mengira fahaman politik dan lain-lain. Ketepikan fahaman politik untuk bersama mengangkasa bangsa Melayu.

Sekian, terima kasih.

Comments