aerobick di aidilfitri

Alhamdulillah, sudah 3 hari umat Islam seantero dunia meraikan Syawal. Setelah sebulan berpuasa (bagi mereka yang berpuasa) di bulan Ramadhan, Syawal disambut dengan keriangan. Tetapi tidak semua yang menyambut kehadiran Syawal dengan kegembiraan. Ada juga yang meraikannya dalam suasana pilu kerna kehilangan orang yang disayangi.

Bagi mereka yang masih ada orang yang disayangi, hargailah dan hormatilah mereka selagi masih ada. Hanya doa & kenangan silam dapat mengurangkan rasa rindu kita pada mereka yang telah meninggal dunia (bukan ke angkasa lepas).


Al - Fatihah untuk semua umat Islam yang telah pergi mendahului kita semua.
Sekian, Wassalam......

Comments